Saturday, March 7, 2015

Heroku masuk enam bulan boleh makan dah


Pejam celik pejam celik dah enam bulan si little hero ni...Tak sangka masa begitu pantas hari ni dah boleh mula makan dah...

Excited mak dia standby macam-macam alat dengan pinggan mangkuk sudu bagai untuk bagi dia makan..So semalam beli lah epal fuji sebab mak dia nak buat puree epal katanya....

So hari ini buat la emak dia epal campur dengan kurma untuk buat puree...tak la susah sangat buat senang ja...lepas potong semua rebus ja sebelum lenyek2...


lenyek sampai lumat epal dengan kurma
Hari ni bagi first time makan excited gila...first time dapat makanan la katakan sebelum ni tengok orang makan mulut tu dok asyik terkumat2 ja..kesian tengok

standby nak makan siap dapat pakai gambaq bas


rasa dulu..sedap tak


Punya suka dapat makanan sampai habis terus mengamuk-ngamuk kena la tambah lagi....memang suka makan si kecik ni...aritu last timbang berat 7.1 kg lepas ni lagi naik la berat badan dia..hehehe


muka tak puas hati puree dah habis



Nanti sambung lagi yer...

7/3/2015....










Wednesday, March 4, 2015

majlis akikah dan berendoi putera kesayangan











jelingan manja anakku yang happy berendoi





Alhamdulillah selepas lima bulan merancang nak buat majlis akikah dan berendoi untuk si kecik ni akhirnya sukses juga....

Puas juga la lebih sebulan buat preparation semua dari katering, kambing, decoration sampai lah ke door gift sekali.... dah macam nak buat kenduri kahwin gayanya...

Untuk katering kami ambil caterer kat kampung Labu, N9 saja, untuk kambing cari sendiri kat agro farm Tok Seri Buak Labu N9 sempoi ladang kambing ni sebab harga dia dah la murah lepas tu siap harga pakej untuk sembelih dan lapah..

Kalau nak masak pun ada...so untuk sekor kambing tu kami buat BBQ memang terbaik sebab kambing yang dia suggest biri-biri yang terbaik...untuk kambing sekor lagi dia suggest jenis boer (baka terbaik untuk buat masak), so yang ni buat masak kari... sapa2 yang berminat nak cari kambing untuk buat akikah boleh la datang sini 

Untuk door gift buah tangan dari Tempahan Yassin memang terbaik...kulit buku Yassin boleh pilih ikut citarasa masing-masing..memang terbaik dan puas hati lah....


Ok lah lani nak belanja picture yang tangkap masa akikah dan berendoi airtu....layanzzzzz





mak aku & gang penang lain masa majlis cukur jambul

Add caption


our family

penang mai n9

brother kambing golek

majlis doa selamat dan tahlil masa akikah dan berendoi

gang dari sebelah aku

ni la imam kampung tengah batu 8

posing dulu dengan gang penang

potong jambul

makcik2 marhaban


Kredit picture to my office mate: Rashid Mahfof
Kredit pelamin dari Pak Ngah Berendoi Nilai, N9