Wednesday, July 29, 2015

Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga

Add caption


 Selamat Hari Raya Aidil Fitri...dah 13 Syawal baru nak pos gambar raya hari tu...

Tahun ni first time raya kat Penang untuk si kecik ni yang dah masuk 10 bulan...

Gambar-gambar family yang upload ni kami tangkap kat studio kat Jalan Penang kedai Photo shoot sebagai kenang-kenangan di hari raya...





Gambar family kami semua

kakak & abang ipar aku dengan anak dia

ni tangkap kat kampung Tanjung Dawai, Kedah

Foto shoot si kecik ni..tapi muka kelat sikit sebab baru bangun tido

Friday, July 24, 2015

Salam Aidilfitri 1436 dari Utusan Malaysia, Kosmo! biro Putrajaya



Dah lama tak buat posting sempena Hari Raya AidilFitri ni nak juga la post gambar-gambar raya..

So yang first ni nak letak gambar meriah berhari raya bersama rakan-rakan seopis dulu...

Gambar ni tangkap hari Isnin 13 Julai empat hari sebelum raya..nak buat macam mana jadual buzy giler sepanjang puasa lalu...Al-maklumlah kerja media ni memang jadual tak menentu...

Mula-mula Ramadan memang releks ja..masuk minggu kedua puasa sampai nak raya bertimbun-timbun function masuk semua pasal berbuka puasa..memang letih la semua...

Ni gambar-gambar yang shoot hari tu..

lokasi di depan POJ atau Istana Kehakiman Putrajaya ...orang Putrajaya kena tangkap gambar kat Putrajaya la...

Kredit Foto untuk Fotograper Sin Chew dan Nan Yang yang bersungguh-sungguh ambil gambar ni...Tq very much

bergambar dengan ketu biro Utusan Malaysia, Norliza Ab. Rahman dan rakan2 opis lain


  dari kiri: Juani, Zaki, Turmadzi, Abg Lan, Saifulizam, Norliza, Muzdalifah, Hakimi, Thomas, Sharaimei




Ni saja la wanita di biro Utusan Putrajaya..yang lain semua laki

Yang pakai baju kadazan tu satu-satunya wartawan chinese asal Sabah di biro Utusan Putrajaya

Macam S.Jibeng pun ada..yang kiri tu otai meja jenayah yang kanan tu otai fotographer

memba baik..sama-sama kena campak kat Putrajaya 5 tahun lalu

Selfie sikit

Yang tengah pakai sampin tu otai fotographer artis..sampai lambat punya pasal semua jam kejap

Jejaka sado

Interframe kejap

Fuhhhhhhh

Jejaka Utusan Malaysia

Santai...

Kami semua di Utusan Malaysia dan Kosmo! biro Putrajaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin...Muahhhhhh


Friday, June 12, 2015

Pakai kerusi baby/kanak-kanak untuk keselamatan orang tersayang kita


Story yang aku cover semalam di Putrajaya....

Kisahnya kerusi kereta baby akan wajib dipasang pada tahun 2019 ni sama macam peraturan pemakaian tali keledar keselamatan di bahagian belakang dan depan.

Sebenarnya benda ni penting untuk keselamatan baby masing-masing sebab impak kemalangan boleh mendatangkan kecederaan kepada baby kalau tidak memakai kerusi ni.

Kaedah pemasangan kerusi ni pun berbeza-beza ikut berat baby/kanak-kanak.

Kalau masih baby dan berat bawah 15kg kerusi ni perlu di hadap ke arah belakang kerana badan baby pada masa ini masih tidak kuat dan bimbang memberi kecederaan parah pada leher kalau kerusi terbabit menghadap ke arah depan disebabkan impak dari kemalangan.

Untuk berat 15kg ke atas boleh diletakkan kerusi tu menghadap ke arah hadapan, tetapi sebaik-baiknya kerusi tu diletak di bahagian penumpang belakang dan bukan di kerusi sebelah pemandu.

Sebabnya dibimbangi beg udara akan menghentak kerusi terbabit ketika kemalangan berlaku dan menyebabkan baby lemas.

Kerusi baby pun ada macam2 jenis tapi pastikan ada label keselamatan antarabangsa macam label sirim kat helmet, sebenarnya label sirim takda kat kerusi ni.

Ni contoh label antarabangsa yang ada kat kerusi baby, so kalau nak beli tengok sticker ni kat bahagian belakang.

Harga kerusi ni berbeza-beza tapi kalau pi Tesco pun boleh dapat harga dalam lingkungan RM100++ dengan ciri keselamatan ni.


label antarabangsa

ECE R44/04




Wajib guna kerusi kereta bayi 2019

Wajib guna kerusi kereta bayi 2019

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-guna-kerusi-kereta-bayi-2019-1.101930#sthash.6ShtOgA7.dpuf

PUTRAJAYA 11 Jun – Penggunaan kerusi khas untuk bayi dan ka­nak-kanak dalam kereta akan di­­wa­jibkan pada 2019 bagi tujuan ke­selamatan sekali gus dapat mengurangkan kadar kecederaan atau kematian akibat kemalangan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, sebagai langkah permulaan, pihaknya akan mengadakan kempen advokasi penggunaan kerusi khas itu selama empat tahun.

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut, orang ramai akan dididik berhubung kepentingan menggunakan kerusi khas tersebut khususnya terhadap keselamatan bayi dan ka­nak-kanak sebelum peraturan itu di­kuatkuasakan sepenuhnya.

“Malaysia juga merupakan anggota Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) sejak tahun 2006 dan memandangkan peraturan ini telah pun ditetapkan maka kita wajib menggunakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan kempen penggunaan sistem penahan diri kanak-kanak di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.

Menurut Ab. Aziz, sebagai negara ahli WP.29, Malaysia bertanggungjawab mengguna pakai peraturan-peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penanda aras bagi tahap kualiti produk automotif yang dipasarkan.

Sehubungan itu, katanya, berkuat kuasa awal tahun ini juga semua kenderaan baharu buatan tempatan atau import wajib dipasang kemudahan atau alat untuk kerusi kereta bayi dan kanak-kanak di tempat duduk belakang kenderaan.

Katanya, kemudahan sambungan kerusi kanak-kanak yang dikenali sebagai Isofix itu boleh disambungkan dengan kerusi kereta tersebut de­ngan mudah dan lebih selamat berbanding kaedah sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak pada tahun 2013, sebanyak 53 kanak-kanak terbabit dalam ke­ce­lakaan jalan raya dan daripada jumlah itu, 13 daripadanya meninggal dunia.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-guna-kerusi-kereta-bayi-2019-1.101930

 bersambung......

Katanya, kemudahan sambungan kerusi kanak-kanak yang dikenali sebagai Isofix itu boleh disambungkan dengan kerusi kereta tersebut de­ngan mudah dan lebih selamat berbanding kaedah sebelum in - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-guna-kerusi-kereta-bayi-2019-1.101930#sthash.6ShtOgA7.dpufhttp://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-guna-kerusi-kereta-bayi-2019-1.101930

Wednesday, May 27, 2015

Selamat Ulang Tahun ke-2



Alhamdulillah sedar tak sedar dah dua tahun kahwin....

Betul-betul cepat masa berjalan....baby yang masih terasa baru disambut pun dah masuk 8 bulan..next month bulan puasa dah 9 bulan....

Last year masa anivesary just sambut berdua tapi si bini tengah pregnant lima bulan kali ni lagi best sebab sambut bertiga

posing sebelum potong kek



Tapi kali ni lain sikit celebrate kat sini2 saja.....so dating bertiga kat restoran Tymes milik Hafiz AF, sedap juga la masakan kat situ...

Lokasi kedai pun dekat ja dengan rumah kat Atmosphere, Seri Kembangan betul-betul depan Giant SK.

Makanan dia sedap juga campur western dengan masakan panas, menu utama dia mi kolok Sarawak (tapi tak sempat try sbb makan western...dating la katakan)

Tapi yang best tu nama saja dating tapi makan sorang2 ikut turn sebab si kecik ni nakal sangat dah...tak bagi makan sekali...


Tengah dok ngurat aweks hehehe




Tengok la gaya kecik tu, orang dok makan dia plak dok ngurat aweks keliling meja..ni ja gambar sempat tangkap yang dia ngurat awek lain tak sempat ambil hehehhe

Sebab si kecik ni buat macam2 hal dalam kedai tu...so kami makan saja....kek pun tak sempat potong terpaksa bawa balik rumah plak...heheheh


antara menu yang ada chicken chop special



chicken chop
meja nombor tiga sesuai dengan kami bertiga


Ni antara menu yang kami order...semua order chicken chop sebab sea food tak boleh makan alergik hehehe


kek istimewa sempena second anivesary

Kek ni tempah kat kak dekat rumah juga nama dia kak siti...mula2 ingat nak beli kat secret recepy tapi fikir2 balik nak cuba yang lain plak sebab boleh design sendiri...cantik kan.....

Actually kakak ni kontroversi sikit sebab ada kes dengan cust dia...tapi dah setel pun..sebab nak try tengok ada masalah ke tak sebab tu tempah kek dengan dia...

Esok tu baca paper nasib baik tak beli kat secret recepi...huhuhu sebab sijil halal kena tarik balik...perghhhhhh selamaiiiit

Ni gambar dua tahun lalu time ni kurus lagi heheheh...

semoga kami bahagia hingga ke jannah aminnnnn ;O

lokasi di USM masa majlis bertandang rumah lelaki

lokasi di USM

lokasi di Marina Putrajaya sehari selepas akad nikah&kenduri di Tampin








Thursday, May 7, 2015

Pi Pekena Patin Gobang Maju Temerloh



Rasanya dah lama tak update blog Sayang Ba ni...dah bersawang sana sini....

Kali ni nak ceta jalan2 ke Pahang masa cuti empat hari hari tu.....mula2 jalan ke Bentong sebab kawan bini kawen kat sana...

So sambil p makan kenduri nak juga la p bercuti...tapi yang tak best ni cuti tak dirancang sebab Bentong dekat ja dengan KL so ingat nak balik lepas tu tapi bila pikir2 tak da program so ingat nak la bawa family jalan2 mana2 kat Pahang ni...(Pahang kan besar banyak tempat best hehehe)


selfie jap kat rumah pengantin...dah balik baru perasan tak tangkap gambar dengan pengantin

Cuti ni pun first time bawa si kecik ni jalan2 selain balik kampung omak dia kat Labu & bawa balik Penang...

Dulu masa dia dua bulan pernah bawa p Melaka tapi malam tu juga balik KL sebab tak serasi...tiba2 batuk, tak nak tidur..omak dia plak tiba2 ada tanda merah kat muka...entahla sebab apa...orang tua2 kata kena cium by dot dot dot.....

So berbalik cuti kat Pahang ni...lepas balik makan kenduri aku pun suggest la jom jalan2 ke Kuantan or Terengganu ka...tapi Terengganu jauh sgt so decide nak p Teluk Chempedak..ok juga tu lama dah tak p sana...

Sampai Teluk Chmepedak dah pukul 5 petang...tapi cuaca dah mendung macam nak hujan...masuk ja Kuantan hujan dah turun time tu nampak banyak hotel so relaks la sikit...perjalanan pun diteruskan ke Teluk Chempedak...tapi tak sempat turun terpaksa patah balik....hujan dah turun jalan plak sesak teruk banyak kereta lepas tu plak jalan tengah renovate lagi la jam teruk....

Kami pun decide nak patah balik Kuantan cari hotel nak relaks.....tapi sayanggggggggggg dari petang sampai ke malam cari hotel kat Kuantan penuh...dari hotel cikai ke hotel mahal pun habis....

Muka semua dah panik si kecik tu tak buat perangai sangat tapi muka dah boring...so aku decide turun bawah balik tak payah pusing Kuantan dah cari hotel...turun la ke Indera Mahkota...mak oiiii sana pun hotel penuh..kepala dah jam....sorang tokey kat Indera Mahkota bg tau semua hotel dah penuh ada customer dia datang dari Gambang bagi tau sana dah penuh Cherating pun penuh....

fikir punya fikir...kami decide turun ke exit lepas Gambang...lepas Gambang Sri Jaya/Maran..tapi dua2 tempat ni lagi la....tutttttttt ada hotel kat Sri Jaya ja..tu pun macam rumah tumpangan dot dot dot jer...


Ni gambar time siang kalau malam mak oi...lagi ngeri hehehe






Sebab ngeri punya pasai aku terus kan lagi jurney smpai masuk Maran plak....time tu dah dekat koi 10 malam...pusing2 tak nampak hotel langsung...Dia tulis bandar ayam kampung tapi pusing2 tak nampak hotel...

Maran..bandar ayam kampung katanya...huhuhu


Lepas tu ada satu pasaraya kat situ aku pun berhenti tanya sorang budak tu ada hotel tak sini dik....dia kata hotel tak da tapi chalet ada..plak dah...tapi cara dia bagi direction agak meragukan so aku decide jom blah kurang2 kalau balik KL tak la lambat sangat...

Lepas tu patah la balik menghala ke KL...aku kata kat bini aku...kita try cari hotel kat Temerloh last...dia pun godek2 la henpon nak cari hotel...dia cek punya cek katanya hotel semua dah fully book kat sana....

Mata pun dah ngantuk..dari Maran nak ke Temerloh boleh tahan juga jauhnya....singgah makan kat Hentian Temerloh dulu...malam2 pun ada masak patin sedap juga la makan situ tapi mata pun dah letih nak tangkap gambar pun tak sempat...

Habis makan mata terus rasa kuyu...nak balik KL jauh sangat plak...decide masuk Temerloh cuba nasib....

Sampai bandar termerloh jumpa satu hotel..U Hotel belum sempat tanya dah ada stiker tulis "SUDAH PENUH'....alamak muka dah jammmmmm...

Tak pa terus lagi jalan jumpa plak satu lagi bajet hotel lepas berpusing2 kat Temerloh...turun la tanya penuh juga..jumpa lagi satu hotel penuh juga...sampai la jumpa ada dua hotel lagi hotel jelai dengan green park....


hotel yang menyelamatakan keadaan




Aku pun cuba nasib kat hotel green park ni....jam pun dah pukul 12.30 malam...turun ja tanya ada satu family depan aku..muka dah cuak ada lagi ke tak ni...lepas tu tanya kat receptionist nasib baik ada dua lagi bilik kosong tapi dua2 tu single room...aku kata kat dia blasah ja la dik..janji ada bilik...

Ok juga la hotel ni untuk tidur..tak la mewah mana sangat....

Tapi si kecik tu dah buat prangai sebab puas tidur kat keta masuk hotel tak nak tidur plak huhuhuhu pukul 2 pagi baru la nak tido tu pun puas layan dia main...hehehehe...


Esok tu jurney pun mula semula...depa kata kalau mai Temerloh rugi kalau tak mai makan patin...

Jalan2 punya jalan aku terjumpa satu kedai ni..betul2 tepi stesen minyak Petron...

Orang plak beratur punya la ramai...

Patin Go bang maju..memang win la

First time sampai memang jam sikit...rupa2nya style sini layan diri dari amek ikan..nasi semua lauk...

Tapi orang memang ramai..sampai koi 12 pun dah ramai orang....makanan dia tak payah cakap la memang sedap...walaupun baru lepas makan nasi lemak sepinggan...heheheh



Muka masam sebab tak dapat makan hehehe


Selfie dulu sebelum order...comey tak saya hehehe
Ni menu dia ikan patin masak tempoyak tapi dapat bahagian kepala saja nak lain kena tunggu




kakak tukang cedok ikan patin

Sini bukan saja ada lauk patin tapi ada banyak lagi lauk lain..macam bini aku tak makan ikan patin so makan ayam goreng ja la......

Ada juga udang galah masak lomak...ada sayuq macam2 jenis & kerabu...senang ceta macam2 ada la mai makan lepas tu bayaq ja...

Satu lagi sini pakai konsep layan diri amek semua sendiri..orang mai kat meja untuk bersih meja dengan kira bil saja....


Itu saja la ceta percutian singkat makan ikan patin di temerloh.....

Opssss satu lagi nama Gobang maju tu bukan nama tempat tau..aku tanya owner dia tapi dia tak jawab tapi yang pasti bukan nama tempat tapi pecahan kepada 'Go' dan "Bang' (abang?) maju...so jadi la Go bang maju...heheheh

Wasalam....




















Saturday, March 7, 2015

Heroku masuk enam bulan boleh makan dah


Pejam celik pejam celik dah enam bulan si little hero ni...Tak sangka masa begitu pantas hari ni dah boleh mula makan dah...

Excited mak dia standby macam-macam alat dengan pinggan mangkuk sudu bagai untuk bagi dia makan..So semalam beli lah epal fuji sebab mak dia nak buat puree epal katanya....

So hari ini buat la emak dia epal campur dengan kurma untuk buat puree...tak la susah sangat buat senang ja...lepas potong semua rebus ja sebelum lenyek2...


lenyek sampai lumat epal dengan kurma
Hari ni bagi first time makan excited gila...first time dapat makanan la katakan sebelum ni tengok orang makan mulut tu dok asyik terkumat2 ja..kesian tengok

standby nak makan siap dapat pakai gambaq bas


rasa dulu..sedap tak


Punya suka dapat makanan sampai habis terus mengamuk-ngamuk kena la tambah lagi....memang suka makan si kecik ni...aritu last timbang berat 7.1 kg lepas ni lagi naik la berat badan dia..hehehe


muka tak puas hati puree dah habis



Nanti sambung lagi yer...

7/3/2015....










Wednesday, March 4, 2015

majlis akikah dan berendoi putera kesayangan











jelingan manja anakku yang happy berendoi





Alhamdulillah selepas lima bulan merancang nak buat majlis akikah dan berendoi untuk si kecik ni akhirnya sukses juga....

Puas juga la lebih sebulan buat preparation semua dari katering, kambing, decoration sampai lah ke door gift sekali.... dah macam nak buat kenduri kahwin gayanya...

Untuk katering kami ambil caterer kat kampung Labu, N9 saja, untuk kambing cari sendiri kat agro farm Tok Seri Buak Labu N9 sempoi ladang kambing ni sebab harga dia dah la murah lepas tu siap harga pakej untuk sembelih dan lapah..

Kalau nak masak pun ada...so untuk sekor kambing tu kami buat BBQ memang terbaik sebab kambing yang dia suggest biri-biri yang terbaik...untuk kambing sekor lagi dia suggest jenis boer (baka terbaik untuk buat masak), so yang ni buat masak kari... sapa2 yang berminat nak cari kambing untuk buat akikah boleh la datang sini 

Untuk door gift buah tangan dari Tempahan Yassin memang terbaik...kulit buku Yassin boleh pilih ikut citarasa masing-masing..memang terbaik dan puas hati lah....


Ok lah lani nak belanja picture yang tangkap masa akikah dan berendoi airtu....layanzzzzz





mak aku & gang penang lain masa majlis cukur jambul

Add caption


our family

penang mai n9

brother kambing golek

majlis doa selamat dan tahlil masa akikah dan berendoi

gang dari sebelah aku

ni la imam kampung tengah batu 8

posing dulu dengan gang penang

potong jambul

makcik2 marhaban


Kredit picture to my office mate: Rashid Mahfof
Kredit pelamin dari Pak Ngah Berendoi Nilai, N9