Friday, June 12, 2015

Pakai kerusi baby/kanak-kanak untuk keselamatan orang tersayang kita


Story yang aku cover semalam di Putrajaya....

Kisahnya kerusi kereta baby akan wajib dipasang pada tahun 2019 ni sama macam peraturan pemakaian tali keledar keselamatan di bahagian belakang dan depan.

Sebenarnya benda ni penting untuk keselamatan baby masing-masing sebab impak kemalangan boleh mendatangkan kecederaan kepada baby kalau tidak memakai kerusi ni.

Kaedah pemasangan kerusi ni pun berbeza-beza ikut berat baby/kanak-kanak.

Kalau masih baby dan berat bawah 15kg kerusi ni perlu di hadap ke arah belakang kerana badan baby pada masa ini masih tidak kuat dan bimbang memberi kecederaan parah pada leher kalau kerusi terbabit menghadap ke arah depan disebabkan impak dari kemalangan.

Untuk berat 15kg ke atas boleh diletakkan kerusi tu menghadap ke arah hadapan, tetapi sebaik-baiknya kerusi tu diletak di bahagian penumpang belakang dan bukan di kerusi sebelah pemandu.

Sebabnya dibimbangi beg udara akan menghentak kerusi terbabit ketika kemalangan berlaku dan menyebabkan baby lemas.

Kerusi baby pun ada macam2 jenis tapi pastikan ada label keselamatan antarabangsa macam label sirim kat helmet, sebenarnya label sirim takda kat kerusi ni.

Ni contoh label antarabangsa yang ada kat kerusi baby, so kalau nak beli tengok sticker ni kat bahagian belakang.

Harga kerusi ni berbeza-beza tapi kalau pi Tesco pun boleh dapat harga dalam lingkungan RM100++ dengan ciri keselamatan ni.


label antarabangsa

ECE R44/04




Wajib guna kerusi kereta bayi 2019

Wajib guna kerusi kereta bayi 2019

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-guna-kerusi-kereta-bayi-2019-1.101930#sthash.6ShtOgA7.dpuf

PUTRAJAYA 11 Jun – Penggunaan kerusi khas untuk bayi dan ka­nak-kanak dalam kereta akan di­­wa­jibkan pada 2019 bagi tujuan ke­selamatan sekali gus dapat mengurangkan kadar kecederaan atau kematian akibat kemalangan jalan raya.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, sebagai langkah permulaan, pihaknya akan mengadakan kempen advokasi penggunaan kerusi khas itu selama empat tahun.

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut, orang ramai akan dididik berhubung kepentingan menggunakan kerusi khas tersebut khususnya terhadap keselamatan bayi dan ka­nak-kanak sebelum peraturan itu di­kuatkuasakan sepenuhnya.

“Malaysia juga merupakan anggota Forum Sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) sejak tahun 2006 dan memandangkan peraturan ini telah pun ditetapkan maka kita wajib menggunakannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan kempen penggunaan sistem penahan diri kanak-kanak di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad.

Menurut Ab. Aziz, sebagai negara ahli WP.29, Malaysia bertanggungjawab mengguna pakai peraturan-peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penanda aras bagi tahap kualiti produk automotif yang dipasarkan.

Sehubungan itu, katanya, berkuat kuasa awal tahun ini juga semua kenderaan baharu buatan tempatan atau import wajib dipasang kemudahan atau alat untuk kerusi kereta bayi dan kanak-kanak di tempat duduk belakang kenderaan.

Katanya, kemudahan sambungan kerusi kanak-kanak yang dikenali sebagai Isofix itu boleh disambungkan dengan kerusi kereta tersebut de­ngan mudah dan lebih selamat berbanding kaedah sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan statistik kemalangan jalan raya yang melibatkan kanak-kanak pada tahun 2013, sebanyak 53 kanak-kanak terbabit dalam ke­ce­lakaan jalan raya dan daripada jumlah itu, 13 daripadanya meninggal dunia.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-guna-kerusi-kereta-bayi-2019-1.101930

 bersambung......

Katanya, kemudahan sambungan kerusi kanak-kanak yang dikenali sebagai Isofix itu boleh disambungkan dengan kerusi kereta tersebut de­ngan mudah dan lebih selamat berbanding kaedah sebelum in - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-guna-kerusi-kereta-bayi-2019-1.101930#sthash.6ShtOgA7.dpufhttp://www.utusan.com.my/berita/nasional/wajib-guna-kerusi-kereta-bayi-2019-1.101930

No comments:

Post a Comment